'SELAMAT DATANG' ke Blog Rasmi SK Felda Mempaga 2 | Bentong, Pahang, TEL: 09-2377124 FAK : 09-2375122'

Sejarah

SK (LKTP) MEMPAGA 2


SK (LKTP) Mempaga 2 dibina pada tahun 1987 dan dibuka pada 04.12.1989. Sekolah ini terletak di kawasan LKTP Mempaga 2 dan jauhnya 26 km dari Bandar Bentong. Sejak pembukaannya, sekolah ini mendapat kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan juga talian telefon.

Ketika mula dibuka, sekolah ini mempunyai 2 blok bangunan dua tingkat. Pejabat, bilik guru, PSS, dan 14 buah bilik darjah terletak di Blok A, manakala Blok B pula menempatkan  makmal sains , bengkel Kemahiran Hidup, bilik komputer dan bilik-bilik darjah yang boleh dijadikan dewan.

Pada awal pembukaan, seramai 389 orang pelajar sekitar LKTP Mempaga 1, 2 dan 3 memulakan alam persekolahan mereka di sekolah ini. Sejak itu jumlah pelajar kian bertambah. Pada masa kini, terdapat hampir 600 orang pelajar, 48 orang guru dan 9 orang kakitangan yang berkhidmat di sekolah ini.

Bagi meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar dalam bidang IT, sebuah makmal komputer yang serba lengkap telah dibina dan mula beroperasi pada pertengahan tahun 2002 .

Mutakhir, satu blok empat tingkat bangunan baru telah siap pembinaannya dan dijangka dapat digunakan sebelum Jun 2003. Bangunan baru ini mengandungi pejabat pentadbiran, bilik guru, makmal Sains, PSS, bilik Pen. Muzik, bengkel K.H, surau dan 6 buah bilik darjah. Bilik-bilik utamanya dilengkapi dengan penghawa dingin. Apabila bangunan baru ini boleh digunakan, pelajar-pelajar akan belajar pada sesi pagi.

        Kementerian Pendidikan telah memperuntukan sebuah kelas prasekolah dengan melatih seorang guru tetap. Kelas ini mula beroperasi pada 3 Januari 2003 dengan pengambilan pertama seramai 25 orang murid berumur 6 tahun dari Mempaga 2 dan 3.

Kini, SK (LKTP) Mempaga 2 telah berjaya mengukir nama melalui beberapa anugerah yang diterima daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Antaranya Anugerah Sekolah Cemerlang (kategori sekolah Felda) pada tahun 2009





 






No comments:

Post a Comment